LAWATAN PENDIDIKAN AMJK KEPERTAMA KE FARM FRESH @UPM | KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KEPERTAMA)
» NEWS » LAWATAN PENDIDIKAN AMJK KEPERTAMA KE FARM FRESH @UPM

LAWATAN PENDIDIKAN AMJK KEPERTAMA KE FARM FRESH @UPM

Pada tanggal 6 Oktober 2020 mulai jam 9:30 pagi–12:30 tengahari, seramai 25 orang Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KEPERTAMA telah mengadakan Lawatan Pendidikan ke Ladang 16, iaitu sebuah lokasi yang terkenal dengan penghasilan produk susu jenama “Farm Fresh”. Rombongan KEPERTAMA telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Sdn. Bhd, Tuan Azmi Zainal dan beberapa orang pegawai dari Taman Pertanian Universiti.

Pada mulanya kami telah diberi penerangan mengenai perancangan, hala tuju dan produk Farm Fresh Sdn. Bhd. Selepas itu kami telah dibawa melawat ke ladang ayam, rusa, lembu dan kolam ikan. Sepanjang lawatan, kami amat teruja dan bangga dengan kejayaan yang telah dilakar oleh Farm Fresh Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, kejayaan ini telah mengharumkan nama UPM dan mampu melonjakkan reputasi UPM ke peringkat antarabangsa.

Selamat maju jaya Farm Fresh Sdn. Bhd.!

Date of Input: 07/10/2020 | Updated: 07/10/2020 | harnita_upm

MEDIA SHARING

KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KEPERTAMA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7987
-
SXDdSAW~