SEJARAH PENUBUHAN | KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KEPERTAMA)
» ABOUT US » INTRODUCTION » SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN

 

Sejarah lama Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula lapan puluh tiga (89) tahun yang lalu dengan penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931.Pada 23 Jun 1947, Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union pada ketika itu telah menaiktaraf Sekolah Pertanian kepada Kolej Pertanian. Kemuncaknya pada tahun 1971, Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan apabila Kolej Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya (UM). Dr Mohd Rashdan Bin Haji Baba yang merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya ketika itu, telah dilantik sebagai Naib Canselor UPM yang pertama. Bidang perhutanan dan veterinary (haiwan) menjadi fokus utama selepas penubuhan universiti ini sebelum bidang sains dan teknologi yang lain diperluaskan. Kesatuan Kakitangan Am Universiti Pertanian Malaysia (KEKAUP) telah ditubuhkan pada 03 Jun 1973 dan didaftarkan di bawah akta Pendaftaran Kesatuan Sekerja 1959 Negeri-negeri Tanah Melayu. Seterusnya di tukar kepada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) pada  Tahun 1992.

Sejarah baru universiti ini pula bermula apabila Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 April 1997 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad. Penjenamaan semula nama universiti ini adalah untuk menonjolkan kepelbagaian program pengajian yang ditawarkan oleh UPM di samping sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menyahut cabaran pendidikan menjelang selaras dengan Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh beliau sebelum ini. UPM mempunyai 16 buah Fakulti, 9 buah Institut Penyelidikan, 16 buah Pusat, 2 buah Sekolah, sebuah Akademi, 18 buah Kolej Kediaman dan 20 buah Pejabat atau Bahagian yang terbahagi kepada dua (2) kampus iaitu Kampus Utama di Serdang seluas 1,108.103 hektar dan Kampus Cawangan di Bintulu yang seluas 714.717 hektar. Warga UPM terdiri daripada 6,122 orang staf akademik, pelaksana dan sokongan serta 29,686 orang pelajar.

Updated:: 18/08/2020 [harnita_upm]

MEDIA SHARING

KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KEPERTAMA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7987
-
SXFFOAf~