LAPORAN / AKTIVITI BIRO | KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KEPERTAMA)
» BIRO KEPERTAMA » BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN » LAPORAN / AKTIVITI BIRO

LAPORAN / AKTIVITI BIRO

Laporan Aktiviti Biro Pendidikan & Latihan, KEPERTAMA, 2023

Bil

Nama Latihan & Butiran

Tarikh

1

Program Eat Healthy, Be Active (Ehba) 4.0 @ Kepertama : Feel Your Heartbeat

15 Disember 2022 (Bengkel Bersemuka)

21 Disember 2022 – 1 Januari 2023 (Dalam talian)

2

Jom Digital – Elak Jadi Mangsa Scammer

27 Julai 2023

 

Program Eat Healthy, Be Active (Ehba) 4.0 @ Kepertama : Feel Your Heartbeat – 15 Disember 2022 (Bengkel Bersemuka)

21 Disember 2022 – 1 Januari 2023 (Dalam talian)

Program Eat Healthy, Be Active (EHBA) 4.0 @ KEPERTAMA: Feel Your Heartbeat ini merupakan program promosi kesihatan yang dianjurkan oleh para pelajar Tahun 3 Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian (Kumpulan 2) dengan kerjasama  Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor risiko penyakit kardiovaskular and  tingkah laku yang akan  meningkatkan kadar risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan warga universiti yang merangkumi pelajar dan kakitangan universiti.

Program EHBA 4.0@ KEPERTAMA: FEEL YOUR HEARTBEAT :-

 

  1. Program fizikal (15 Disember 2022) bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang
  2. Pogram dalam talian (21 Disember 2022 – 1 Januari 2023)
  3. Menyertai saringan kesihatan dan ujian darah
  4. Menyertai kesemua permainan interaktif sepanjang program serta pertunjukan memasak dan ceramah kesihatan

Jom Digital – Elak Jadi Mangsa Scammer

27 Julai 2023

Tempat : Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori

Seramai 122 peserta telah  menyertai Program Jom Digital - Elak Jadi Mangsa Scammer. Kehadiran memenuhi Dewan Taklimat Serdang dengan sambutan yang sangat memberangsangkan. Program ini adalah anjuran Seksyen Kaunseling Pekerja Bahagian Kaunseling dengan Kerjasama Kesatuan Kakitanga Am Universiti Putra Malaysia  (KEPERTAMA), Yayasan Digital Malaysia dan Persatuan Pendidikan Digital Komuniti.

 

Program dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama Jenayah Siber - Elak Jadi Mangsa disampaikan oleh En Zaihan . Slot kedua bertajuk Jenayah Siber - Modus Operandi Scammer disampaikan oleh Encik Ahmad Faizal Zulkipli, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Digital Malaysia.

Majlis dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah kuiz, cabutan bertuah dan penghargaan penyertaan PTJ.

 

Semoga program kesedaran keselamatan siber ini dapat menjadi faktor pembendung kepada risiko mangsa scammer dalam kalangan warga kampus.

 

 

Laporan Aktiviti Biro Pendidikan & Latihan, KEPERTAMA, 2022

Bil

Nama Latihan & Butiran

Tarikh

1

Eat Healthy, Be Active (EHBA) 3 .0 “Berat Ideal, Hidup Sihat”: - Online

7 -18 Januari 2022

2

Program Klinik Hati @ Hatimu Mana : Mati, Sakit @ Hidup

24 Januari 2022

3

Program Di Ambang Ramadhan  Ramadhan Cemerlang Akhirat Terbilang

31 Mac 2022

4

Kursus Pemantapan Kepimpinan KEPERTAMA

4-6 Jun 2022

5

Lawatan Pendidikan KEPERTAMA Ke Terengganu Darul Iman

27-30 Ogos 2022

 

Eat Healthy, Be Active (EHBA) 3 .0 “Berat Ideal, Hidup Sihat”

Aktiviti bersemuka:
"Saringan Kesihatan"
Tarikh: 3 Januari 2022 dan 6 Januari 2022
Masa: Ikut jadual yang ditetapkan
Tempat: Foyer Hospital Pengajar UPM

Aktiviti dalam talian:
Tarikh: 7 Januari 2022
Masa: 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
Sesi 1: Jom Tangani Obesiti
Sesi 2: Makan Sihat, Tubuh Sihat
Sesi 3: Badan Fit, Cegah Obesiti
Platform  : Zoom

Aktiviti bawah talian:
Tarikh    :  8 Januari - 14 Januari  2022
Aktiviti 1: Pilihan Sihat, Amalkan Bersama
Aktiviti 2: Kekal Aktif, Badan Cergas
Platform  :   Media Sosial (Facebook/Instagram)

 

  

 

Laporan Aktiviti Biro Pendidikan & Latihan, KEPERTAMA, 2021

Bil

Nama Latihan & Butiran

Tarikh

1

Eat Healthy, Be Active (EHBA) 2.0: "Tak Nak Obesiti!" - Online

15-17 Mac 2021

2

Sembang Santai Bersama Presiden Kepertama PKP3.0 Cabaran Dan Harapan

13 Julai 2021

3

Kursus Pemakanan Sihat, Cegah Penyakit

27 Ogos 2021

4

D Handy Apps For Beginners Course; Google Form 2021 - Siri I

2 September 2021

5

D Handy Apps For Beginners Course; Google Form 2021 - Siri II 

9 September 2021

6

Kursus D Handy Apps For Beginners Course – Aitocrat I

11 September 2021

7

Kursus D Handy Apps For Beginners Course – Canva For Education

17 September 2021

8

Kursus D Handy Apps For Beginners Course – Powtoon

23 September 2021

9

Program Minda Sihat, Hidup Sejahtera

6-7 Oktober 2021

 

Eat Healthy, Be Active (Ehba) 2.0: "Tak Nak Obesiti!"

Kadar peningkatan jangkitan COVID-19 di Malaysia kini adalah sangat membimbangkan dan memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan dewasa yang perlu bekerja untuk memperoleh pendapatan bagi menyara kehidupan. Amalan pemakanan tidak sihat dan gaya hidup tidak aktif menyebabkan kekurangan daya imuniti badan dan meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit sekali gus menjadikan golongan ini mempunyai risiko kematian jika terdedah kepada COVID-19. Sehubungan dengan itu, Program Promosi Pemakanan dan Kesihatan “Eat Healthy, Be Active 2.0” ini dirancang dengan tujuan bagi memberi pendedahan kepada golongan pekerja secara spesifiknya kepada ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA), mengenai amalan pemakanan yang sihat serta gaya hidup aktif sebagai usaha meningkatkan tahap kesihatan terutamanya ketika menghadapi situasi pandemik COVID-19.

 

 

Sembang Santai Bersama Presiden Kepertama PKP3.0 Cabaran Dan Harapan

Program ramah mesra bersama ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA), bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat untuk semua dalam menghadapi pandemik covit-19 dan  sentiasa bersemangat walaupun bekerja dari rumah. Program ini telah diadakan pada 13 Julai 2021, seramai 385 orang peserta telah menyertai program tersebut.

 

 

 

Kursus Pemakanan Sihat, Cegah Penyakit

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan spesifiknya kepada ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA), mengenai amalan pemakanan sihat dapat mencegah penyakit. KEPERTAMA juga berhasrat untuk mendidik para ahlinya agar sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat.Program ini telah diadakan pada 27 Ogos 2021, seramai 256 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.

 

 

 

 

D Handy Apps For Beginners Course; Google Form 2021 –Siri I

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan spesifiknya kepada ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) kepentingan Google Form dalam melaksanakan tugasan hakiki .Program ini telah diadakan pada 2 September  2021, seramai 26 orang telah menyertai kursus jangka pendek ini.

 

 

 

 

Kursus D Handy Apps For Beginners Course – Autocrat I

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan spesifiknya kepada ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) kepentingan Google Form (Autocrat)  dalam melaksanakan tugasan hakiki .Program ini telah diadakan pada 11 September  2021, pihak KEPERTAMA  berharap dapat melahirkan pekerja yang berilmu sebagai usaha meningkatkan tahap kemahiran dan mempelajari aplikasi terkini sebagai dasar untuk belajar sepanjang hayat.

 

 

Kursus D Handy Apps For Beginners Course – Canva For Education

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan spesifiknya kepada ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) kepentingan Canva For Education dalam melaksanakan tugasan hakiki .Program ini telah diadakan pada 17 September  2021, pihak KEPERTAMA  berharap dapat melahirkan pekerja yang berilmu sebagai usaha meningkatkan tahap kemahiran dan mempelajari aplikasi terkini sebagai dasar untuk belajar sepanjang hayat.

 

 

Kursus D Handy Apps For Beginners Course – Powtoon

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan spesifiknya kepada ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) kepentingan Powtoon dalam melaksanakan tugasan hakiki .Program ini telah diadakan pada 23 September  2021, pihak KEPERTAMA  berharap dapat melahirkan pekerja yang berilmu sebagai usaha meningkatkan tahap kemahiran dan mempelajari aplikasi terkini sebagai dasar untuk belajar sepanjang hayat.

 

 

Program Minda Sihat, Hidup Sejahtera

Program ini bertujuan untuk memantapkan jati diri para peserta menjadi pekerja yang disenangi di samping untuk melahirkan pekerja yang berjaya dan sentiasa berfikiran positif. Program ini telah  diadakan pada 6-7 Oktober 2021, secara atas talian (zoom dan FB Live) yang telah dirasmikan oleh Saudara Razali Singah, Presiden KEPERTAMA. Seramai 350 orang peserta telah menghadiri kursus ini dengan jayanya dan diharap dapat mempraktikkan secara profesional tentang kandungan kursus yang dipelajari, bukan hanya sekadar di pejabat sahaja. Secara tidak langsung, melahirkan pekerja yang berkaliber dan berkarisma dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

 

 

 

Laporan Aktiviti Biro Pendidikan & Latihan, KEPERTAMA, 2020

Bil

Nama Latihan & Butiran

Tarikh

1

Tuisyen anak ahli KEPERTAMA – Pejabat KEPERTAMA

Januari - Mac 2020

2

Kursus Pemantapan Pengurusan 2020 AMJK KEPERTAMA- Colmar Tropicale Bukit Tinggi

24-26 Februari 2020

 

Tuisyen anak ahli KEPERTAMA – Pejabat KEPERTAMA

Kelas tambahan telah di adakan setiap hari Ahad di Pejabat KEPERTAMA khusus untuk anak-anak ahli  KEPERTAMA yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2020. Walaubagaimanapun kelas ini hanya berlangsung sehingga bulan Mac 2020 sahaja.

 

 

 

Kursus Pemantapan Pengurusan 2020 AMJK KEPERTAMA- Colmar Tropicale Bukit Tinggi

KEPERTAMA telah menganjurkan satu bengkel bagi memantapkan lagi kepimpinan di kalangan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KEPERTAMA. Bengkel ini telah diadakan di Colmar Bukit Tinggi pada 24-26 Februari 2020. Seramai 40 orang AMJK KEPERTAMA telah menyertai program ini.

 

 

 

 

Laporan Aktiviti Biro Pendidikan & Latihan, KEPERTAMA, 2019

Bil

Nama Latihan & Butiran

Tarikh

1

Kursus Kepimpinan AMJK KEPERTAMA Sesi 2018-2021 (Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai Perak)

 

22-24 Februari 2019

2

Kursus Inspirasi Sukses – Audotorium Fakulti Perubatan Veterinar

5 Mac 2019

3

Mari Luangkan Masa Untuk Makan Sihat Hidup Aktif - PKKSS

19 April 2019

4

Motivasi Anbia : Inspirasi Kehidupan - Bahagian Kaunseling UPM

10 Mei 2019

5

Bengkel Bijak Wang Edisi Raya - Bahagian Kaunseling UPM

15 Mei 2019

 

Kursus Kepimpinan AMJK KEPERTAMA Sesi 2018-2021 (Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai Perak)

Kursus Kursus Kepimpinan AMJK KEPERTAMA Sesi 2018-2021 telah di adakan di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai Perak pada 22-24 Februari 2020 yang telah di rasmikan oleh YB Sivanesan a/l Achalingam ADUN Sungkai, Perak.

 

 

 

Kursus Inspirasi Sukses – Audotorium Fakulti Perubatan Veterinar

Program ini bertujuan untuk memantapkan jati diri para peserta menjadi pekerja yang disenangi di samping untuk melahirkan pekerja yang sukses dan bebas dari rasuah. Program ini telah  diadakan pada 5 Mac 2019, bertempat di Audotorium Fakulti Perubatan Veterinar yang telah dirasmikan oleh Encik Muhazam Mansor, Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar. Seramai 250 orang peserta telah menghadiri kursus ini dengan jayanya dan diharap dapat mempraktikkan secara profesional tentang kandungan kursus yang dipelajari, bukan hanya sekadar di pejabat sahaja. Secara tidak langsung, melahirkan pekerja yang berkaliber dan berkarisma dalam menghadapi cabaran kerjaya.

 

 

 

Mari Luangkan Masa Untuk Makan Sihat Hidup Aktif – Fakukti Perubatan dan Sains Kesihatan

Program “ Mari Luangkan Masa untuk Makan Sihat Hidup Aktif” telah di adakan pada 19 April 2019 bertempat di Fakukti Perubatan dan Sains Kesihatan, PKSS dan Sekitar IOI City mall. Pelbagai aktiviti  seperti zumba, analisis komposisi badan, diet chit chat, 5 minit tip senaman dan grab & go  breakfast serta lawatan foof fit fun fair di IOI City Mall Putrajaya. Program selama satu hari ni diadakan bersempena dengan ‘Nutrition Month Malaysia 2019’.

 

 

 

Motivasi Anbia : Inspirasi Kehidupan - Bahagian Kaunseling UPM

Menghayati kisah cabaran dan perjuangan hidup para anbia sebagai inspirasi dan pembakar motivasi  telah diadakan pada hari Jumaat (10 Mei 2019)  telah disampaikan oleh Ustaz Mohamed Sabir Jamaludin bertempat di Dewan Auditorium  Bahagian Kaunseling UPM.

 

 

 

Bengkel Bijak Wang Edisi Raya - Bahagian Kaunseling UPM

Motivasi Ramadhan yang diadakan adalah untuk menambah ilmu pengurusan kewangan khusus untuk memberi panduan pengurusan kewangan  supaya  poket tidak berlubang selepas raya anjuran hebat bersama Bahagian Kaunseling UPM Dan KEPERTAMA UPM pada 17 MEI 2019 (Jumaat) 9.00pagi-11.00pagi bertempat di Dewan Auditorium  Bahagian Kaunseling UPM.

               

 

 

 

 

Updated:: 19/01/2024 [norhanim]

MEDIA SHARING

KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (KEPERTAMA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7987
-
SXEeLAn~